
BAHASA MELAYU​ TAHUN 4​
I'm a title. Click here to edit me
Jom menyanyi hiburkan hati...


JOM BACA....


​
Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit: kula dan warga "kulawarga" yang bererti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa individu yang memiliki hubungan darah dan mereka bersatu.

Keluarga juga didefinisikan sebagai unit terkecil dari masyarakat yang terdiri daripada ketua keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat dibawah suatu atap dalam keadaan saling kebergantungan (Depkes RI, 1998). Anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian darah adaptasi atau perkahwinan (WHO, 1969).Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam suatu rumah tangga.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, keluarga bermaksud sesi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri atau berserta anak-anak. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, bahagia bermaksud suasana senang dan aman damai serta gembira.

Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat.Keluarga terdiri daripada dua orang atau lebih. Ia wujud dengan adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah. Mereka hidup dalam satu rumah tangga dan di bawah asuhan seseorang ketua rumah tangga. Setiap keluarga berinteraksi antara sesama anggota keluarga dan setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
APA ITU KELUARGA ?