top of page

KEMAHIRAN  MENULIS

Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka.  Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat. 

 

​

JENIS KEMAHIRAN MENULIS



a) Kemahiran menulis mekanis

Kemahiran menulis mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam  menulis perkataan-perkataan.  Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah.

​

​b) Kemahiran menulis mentalis

Kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita,  dan sebagainya. Aktiviti penulisan ini berkenaan dengan sesuatu aspek seperti  menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.

​
 





​PERINGKAT PERKEMBANGAN PENGAJARAN MENULIS



​







 

Peringkat pramenulis

a)     Latihan mengikut garisan rajah dari kiri ke kanan

b)     Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau sebaliknya
c)     Latihan membentuk bulatan tanpa menggunakan alat tulis

Peringkat untuk pelahiran

a)   Mengisi silang kata

b)   Mengisi tempat kosong dalam ayat
c)   Melengkapkan ayat

Peringkat mendirikan asas

a)   Latihan membentuk bulatan dan garis lurus di atas garisan

b)   Latihan menulis huruf di atas kertas garis tiga
c)   Latihan menulis huruf di atas kertas garis dua

Copyright 2013. Cikgu Atiq Nadzirah.​​

bottom of page